Dulu saya cuma nak cuba ESP. Tak sangka, dari situ bermula perjalanan yang banyak mengubah diri saya.
Assalamualaikum semua. Salam kenal. ☺️
Saya Azilla Muhammad. Hari ini giliran saya untuk berkongsi dalam kumpulan ini.
Saya mula kenal Shaklee pada tahun 2020 apabila ternampak orang berkongsi pengalaman mengambil ESP ketika mengalami masalah gastrik di Facebook. Tapi saya dah lupa siapa yang kongsikan. 😂
Sebelum itu, saya tak pernah tahu tentang produk Shaklee dan tak pernah ambil apa-apa vitamin atau suplemen. Lepas nampak perkongsian itu, saya terus berminat dan mula mencari lebih banyak maklumat tentang ESP.
Saya ada masalah gastrik yang agak teruk. Kalau terlewat makan atau tersalah makan, memang akan meragam sampai muntah. Setiap kali berpuasa pula, saya kena ambil ubat gastrik waktu sahur.
Jadi, masa itu memang teringin sangat nak cuba ESP sebab dah dekat bulan puasa. Dah tak sanggup rasanya nak telan ubat setiap hari.
Saya pun mesej beberapa orang penjual, tapi kebanyakannya beritahu yang ESP sedang kehabisan stok. Seingat saya, permintaan terhadap produk Shaklee memang tinggi waktu itu, ketika pandemik COVID melanda.
Nak dijadikan cerita, ada seorang penjual di Selangor yang masih ada stok. Saya sanggup ambil sendiri dari Kuala Lumpur walaupun masa itu banyak sekatan jalan raya disebabkan COVID. Syukur, perjalanan saya dipermudahkan. 😆
Sepanjang tempoh saya mengamalkan ESP, ini antara perubahan yang saya alami.
Alhamdulillah, saya dapat berpuasa tanpa mengambil ubat gastrik seperti kebiasaannya.
Kulit yang sebelum ini kusam dan kering mula nampak lebih sekata dan lembap.
Saya juga lebih mudah membuang air besar, badan terasa ringan dan berat badan mula turun secara perlahan.
Daripada situ, saya berminat nak cuba produk Shaklee yang lain pula. Sampai hari ini, hampir semua produk dah saya cuba. Paling tak sangka, terbuat bisnes Shaklee sekali! 🤭
Saya bukan jenis orang yang ekstrovert, pandai menjual atau petah bercakap. 😅 Tapi bila berada dalam lingkungan rakan Shaklee, terlalu banyak perkara yang saya belajar. Saya sangat bersyukur sebab dapat bersama mereka yang luar biasa ini.
Sebenarnya, melalui bisnes Shaklee ini juga, banyak perubahan berlaku pada diri saya. Bukan saja dari segi kesihatan, tetapi juga cara bekerja, menguruskan urusan harian, bercakap dan berfikir.
Banyak ilmu selain bisnes yang saya belajar, yang mendidik saya untuk menjadi orang yang lebih baik dan positif.
Orang Shaklee kan semuanya baik. 👍 Betul tak? 😘
Jatuh bangun dalam bisnes pun banyak!
Pernah rasa nak mengalah berkali-kali, tapi hati tetap sayang nak tinggalkan Shaklee. Sebab itulah sampai hari ini saya masih di sini!
Walaupun masih sebagai SID, saya percaya suatu hari nanti Allah akan beri saya peluang untuk naik ke pangkat tertinggi. Tolong doakan ya, semua. ☺️
Akhir kata, bagi saya, Shaklee bukan saja menjadi sebahagian daripada ikhtiar menjaga kesihatan, tetapi turut membuka peluang untuk kehidupan yang lebih baik.
Sekian perkongsian saya hari ini. Saya tak pandai sangat mengarang. 😅 Tapi saya harap apa yang saya cuba sampaikan sampai ke hati semua. 💕
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Azilla dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Azilla untuk berhubung secara terus.













