Dulu cuma nak cuba Vitamin C dan ESP. Tak sangka, bisnes Shaklee akhirnya menjadi sumber pendapatan sambil Dina menjaga keluarga, mak dan ayah.
Assalamualaikum dan Happy Sunday semua. ☺️
Alhamdulillah, petang ni giliran Dina untuk berkongsi secara santai sambil melawat anak di asrama.
Pertama sekali, terima kasih Master Farihah atau Maktok Eha atas peluang untuk berkongsi journey bersama Shaklee kali ni. Terkejut juga sebenarnya bila dapat mesej daripada Encik Najib. 🤭
Dina perkenalkan diri dulu ya, sebab tentu ramai dalam keluarga besar Surijunior ni yang belum kenal Dina. Ramai otai dan orang lama di sini.
Nama komersial Dina ialah Dina Kamarudin. Dalam Shaklee, ada juga yang panggil Dina DDG.
Dina seorang ibu yang bekerja sepenuh masa dari rumah, mempunyai dua orang anak berusia 17 dan 11 tahun. Dah 10 tahun Dina menjadi baker dari rumah selepas meletakkan jawatan dalam bidang pentadbiran korporat.
Leader terdekat Dina ialah Key Coordinator Uyun Kamarudin, dan Dina berada dalam LB2 Master Mona D’Aura. Susur galur Dina dalam Shaklee ada dalam poster ni, dan sudah tentu di bawah keluarga besar Surijunior. ☺️
Dina mula menyertai Shaklee sebagai pengguna pada April 2018.
Masa tu, Dina mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Dina juga masih merasai kesan Bell’s palsy yang pernah menyerang dua kali, melibatkan bahagian kiri dan kanan muka pada tahun 2009, walaupun dah sembilan tahun berlalu.
Dina mula tertarik selepas tengok testimoni kulit Key Coordinator Uyun. Tapi bukan terus beli ya. Empat bulan juga Dina buat kajian tentang produk Shaklee. Bila dah yakin, barulah Dina mesej Uyun untuk cuba Vitamin C dan ESP sahaja.
Masa tu, Dina pilih ikut bajet dan masih berhati hati sebab dulu memang antara orang yang anti suplemen. 😅
Selepas mencuba dan nampak perubahan positif pada kulit sendiri, barulah Dina buat keputusan untuk mula berniaga.
Niat asal cuma nak berkongsi manfaat Shaklee dengan orang lain. Dalam hati masa tu rasa, “Eh, dunia kena tahu bagusnya Shaklee ni. Ramai lagi yang belum tahu!”
Dalam lingkungan Dina ketika itu, memang masih ramai yang belum kenal Shaklee. Lagi bertambah semangat nak berkongsi apabila sebagai pengguna pun Dina dah menerima bonus pertama sebanyak RM26.
Pada Ogos 2018, Dina mula buat bisnes.
Alhamdulillah, dalam bulan pertama berniaga, Dina berjaya naik pangkat ke Supervisor ketika promosi Vivix. Dina juga mula mengambil Vivix sebab nak berkongsi pengalaman sendiri.
Masa tu, Dina tak pegang stok dan tak uruskan penghantaran sendiri. Semua leader tolong uruskan sebab Dina manja! 🤭
Hehe, taklah. Sebenarnya Dina masih belajar menguruskan tempahan, jadi bahagian tu Dina serahkan kepada leader dahulu. Terasa mudah bila ada bimbingan dan bantuan.
Pada Jun 2019, Dina naik pangkat ke Senior Supervisor.
Tahun tu juga Allah kurniakan rezeki dengan kehadiran ramai ahli pasukan dari Selatan, kebanyakannya cikgu. Supervisor pertama Dina pula dari Batu Pahat.
Daripada niat asal sekadar nak berkongsi manfaat produk, rupanya melalui Shaklee, Dina juga berpeluang membantu orang lain menjana pendapatan.
Pada tahun 2019, Dina turut layak menerima Star Achiever Trophy bagi Consistency Award, kategori Supervisor.
Dalam gambar di bawah ni ialah pasukan Dina dari Selatan, Utara, Timur dan Borneo yang sama sama berjaya menjana pendapatan melalui Shaklee.
Ketika sedang seronok menguruskan bisnes sepenuh masa dari rumah, pada Ogos 2020, Allah menguji Dina apabila mak diserang strok ketika memandu.
Bermulalah fasa menjaga mak yang mengalami strok dan ayah yang menjalani dialisis pada waktu yang sama.
Syukur, masa tu Dina dah ada pendapatan sendiri. Dapatlah Dina membantu menjaga mak dan ayah sepenuh masa sambil meneruskan bisnes Shaklee.
Walaupun sibuk membawa dan menemani mereka di hospital, bisnes masih berjalan. Pernah juga Dina tempah runner dari dalam wad untuk menghantar barang pelanggan.
Shaklee anytime, anywhere!
Dina juga pernah melalui fasa pandemik, termasuk cabaran mendapatkan stok untuk pasukan. Beratur di cawangan Shaklee sejak sebelum Subuh pun pernah. Semuanya menjadi pengalaman yang Dina kenang sampai sekarang.
Alhamdulillah, sepanjang fasa tu, pendapatan Shaklee banyak membantu Dina dan keluarga.
Pada 10 Mei 2021, Dina diuji lagi apabila ayah meninggal dunia.
Kemudian, pada Jun 2021, Dina naik pangkat ke Coordinator. Tahun yang sama juga Dina berjaya melengkapkan Car Bonus.
Dina turut layak untuk Regional Trip ke Korea bagi tahun 2022. Namun, ketika itu perjalanan ke Korea masih terhad, jadi ganjaran tersebut ditukar kepada tunai oleh Shaklee.
Selain itu, Dina menerima ganjaran tunai Effective Coordinator sebanyak RM2,000. Alhamdulillah.
Dina kongsikan semua ni untuk memberi inspirasi kepada adik adik yang dah menyertai Shaklee. Teruskan usaha, sebab dalam perjalanan Dina sendiri, banyak manfaat yang hadir di luar jangkaan.
Satu rezeki yang paling Dina syukuri ialah apabila Allah izinkan Dina memiliki rumah sendiri dengan menggunakan penyata pendapatan Shaklee sebagai dokumen permohonan pembiayaan.
Selama ni orang selalu dengar tentang beli kereta menggunakan pendapatan Shaklee. Dalam pengalaman Dina, penyata pendapatan tu juga digunakan untuk memohon pembiayaan rumah.
Kalau Dina masih fokus pada baking sahaja, mungkin perjalanan untuk memiliki rumah bernilai suku juta ni berbeza. Allah sebaik baik perancang.
Bila dah mula membina bisnes, janganlah terlalu cepat berhenti hanya kerana masalah kecil atau perkara negatif di sekeliling kita.
Macam yang Master Bonda Ain kongsikan tadi, journey setiap orang tak sama.
Stay positive. Stay consistent. Stay in the game. ❤️
Insya Allah, satu hari nanti kita akan pandang ke belakang dan cakap, “Nasib baik aku tak berhenti.” 😉
Alhamdulillah, sampai sekarang Dina sangat bersyukur. Walaupun perjalanan Dina perlahan, Dina masih bersama Shaklee dan masih menerima pendapatan sambil berada di rumah, menjaga keluarga, mak yang terlantar serta pasukan bisnes.
Jadi, adik adik, keep going and growing!
Teruskan usaha, berdoa dan percaya pada rezeki yang Allah aturkan. Ganbatte, everyone!
Dalam kesibukan tu, jangan lupa jaga kesihatan dan keperluan nutrisi diri juga ya.
Sekian perkongsian daripada Dina. Terima kasih sekali lagi Master Eha dan Surijunior atas peluang petang ni. 🥰
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Dina dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Dina untuk berhubung secara terus.












