Mula-mula keluarga Bella ingat bengkak di leher itu beguk. Rupa-rupanya, Bella perlu jalani pembedahan untuk tahu apa sebenarnya ketulan itu.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 🥰
Alhamdulillah, hari ini giliran Bella berkongsi kisah Bella dengan Shaklee. Sebelum itu, Bella kenalkan diri dulu. Nama Bella Nurul Nabila, umur 37 tahun dan tinggal di Perak. Bella nak kongsi cerita ringkas saja. Harap ada manfaatnya untuk semua. 🫶🏻
Mula-mula Bella cuba produk Shaklee sebab ada masalah resdung dan rasa imun badan lemah. Produk pertama yang Bella ambil ialah Vitamin C.
Dulu, hampir setiap pagi Bella bersin. Sampai berkotak-kotak tisu Bella guna. Dalam tempoh Bella amalkan Vitamin C, Bella perasan dah jarang sangat bersin waktu pagi. Vitamin C pun dah jadi sebahagian daripada rutin harian Bella. Jimatlah sikit tisu. 😂
Dalam pada itu, ada satu lagi perkara yang Bella sendiri tak sedar. Pada tahun 2019, keluarga Bella perasan ada bengkak di sebelah kiri leher. Mula-mula mereka sangka beguk. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, Bella sempat buat pemeriksaan. Doktor kata ada masalah pada kelenjar tiroid Bella.
Pada tahun 2023, Bella sambung pemeriksaan tiroid. Bella buat ujian darah, ultrabunyi dan biopsi. Bacaan hormon dan keputusan ujian darah normal, tetapi doktor maklumkan bahawa keputusan biopsi menunjukkan kemungkinan ada perubahan pada sel tiroid.
Doktor kemudian cadangkan pembedahan hem tiroidektomi untuk membuang sebahagian kelenjar tiroid. Ketulan itu dihantar ke makmal untuk diperiksa. Sepanjang tempoh itu, Bella turut amalkan ResV dan Vivix.
Alhamdulillah, bila keputusan makmal keluar, doktor sahkan ketulan itu benign, maksudnya ketulan itu bukan kanser. Lega dan syukur sangat Bella bila dengar berita itu.
Doktor juga puji keadaan luka pembedahan di leher Bella. Katanya luka nampak cantik dan tiada jangkitan. ☺️
Itulah kisah Bella. Doakan semoga Bella terus sihat dan dijauhkan daripada penyakit kronik. Terima kasih sebab sudi baca perkongsian Bella sampai habis. ☺️
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Bella dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Bella untuk berhubung secara terus.












