Tekanan Darah Tinggi (Hypertensi)

Adakah anda  sering
mengalami pening kepala, mudah letih, banyak berpeluh dan sentiasa tidak
cergas? Saya cadangkan saudara/ saudari berjumpa dengan  doktor untuk mengetahui puncanya. Kebiasaannya
gejala ini berkait rapat dengan tekanan darah tinggi atau hypertensi. 

Hypertensi boleh meningkatkan
faktor untuk mendapat penyakit jantung dan strok. Ia merupakan penyakit
dalam diam yang boleh mengakibatkan banyak komplikasi jika tidak dirawat.
Seseorang yang mengidap hypertensi boleh dirawat sekiranya mereka mengubah gaya dan cara
hidup kearah yang lebih baik. Sebagai contoh:
1. Berusaha menurunkan berat badan sekiranya ANDA mempunyai
berat badan berlebihan,
2. Banyakkan bersenam, makan makanan mengikut DIET yang
seimbang
3. Berhenti sekiranya ANDA suka mengambil alcohol atau kuat
merokok.
4. KURANGKAN garam dan kafein dalam makanan

Apakah tekanan darah?
Tekanan darah diukur dalam millimeter/merkuri (mm Hg).
Sebagai contoh 150/95.
Ø 
Tekanan sistolik :nombor diatas – 150
Ø 
Tekanan diastolic nombor dibawah – 95
  
Tekanan Darah
  
Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 – 139
atau
80-90
Hypertensi
140 dan ke atas
atau
90 dan ke atas
Hypertensi sistolik
160 dan ke atas
dan
bawah 90
Apakah punca tekanan darah tinggi (Hypertensi) ?
Kebanyakan kes, punca hypertensi masih tidak diketahui.
Walaubagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh penyakit buah pinggang, keturunan,
ubatan seperti steroid, pengambilan ALKOHOL dan merokok.
Komplikasi
Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan
kekeliruan, sawan dan kematian. Apabila tekanan darah naik secara mendadak,
rawatan segera sangat diperlukan.
Sekiranya tekanan darah tinggi berlaku berterusan, ia akan
memberikan tekanan keatas organ tubuh dan menyebabkan :
         
Jantung : Jantung akan gagal berfungsi dengan
baik, serangan jantung dan kematian
         
Pembuluh darah akan menjadi keras
         
Kegagalan buah pinggang berfungsi
         
Mata : pendarahan dalam mata dan kerosakan pada
kawasan sensitive cahaya dalam mata
Bagaimana Shaklee membantu anda?
Suplemen Shaklee tidak merawat darah tinggi. Ia lebih
bersifat mencegah penyakit ini dari menjadi lebih kronik. Saudara/saudari hanya
perlukan  Garlic dan Omega Guard.
Garlic – membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan
kolesterol
Omega guard – menurunkan bacaan kolesterol dan bacaan darah
tinggi

Thanks for reading !

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan