Jaundis atau kuning adalah penyakit yang biasa dialami oleh
bayi yang baru lahir. Dikatakan 6 daripada 10 orang bayi akan menghidap kuning
setelah 3 hari kelahiran.

Sel darah merah mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah beberapa
ketika, ia akan mati dan perlu diuraikan. Proses penguraian ini menghasilkan partikel
yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini tidak larut air dan akan dihantar ke
hati untuk diubah kepada larut air. Selepas itu, bilirubin akan dikeluarkan
melalui air kencing dan najis. Sebab itu warna keduanya kuning.

Jaundis terjadi apabila terlalu
banyak sel darah merah yang rosak / pecah dan diuraikan secara serentak dalam
satu masa. Ini menyebabkan tahap bilirubin dalam darah meningkat sehingga dapat
dikesan melalui warna kekuningan pada badan bayi.

Bahaya atau tidak?
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, kekuningan
perlu dirisaukan sekiranya berlaku dalam masa 24 jam selepas kelahiran atau
mungkin semenjak lahir. Ini menandakan organ hati bayi mempunyai masalah samaada jangkitan kuman atau kecacatan sejak
lahir.

Sekiranya tidak dirawat dengan
cepat, Kernicterus akan berlaku. Kernicterus adalah keadaan dimana serum
bilirubin berlebihan dan menembusi lapisan otak bayi. Sekiranya tidak dirawat,
ia akan menyebabkan kerosakan otak dan sawan. Selain itu gangguan pendengaran
juga akan berlaku.

Haruskah saya bimbang jika anak
saya jaundis?
saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika :
- Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk
terjadi jaundis yang teruk. - Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan
tiada peningkatan jaundis yang teruk. - Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun, sila dapatkan
pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang
patut saya perhatikan?
patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan
doktor segera sekiranya :
doktor segera sekiranya :
- Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
- Peningkatan kekuningan yang cepat.
- Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
- Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu
menyusu. - Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya
menjadi pekat.
Rawatan terbaik bagi jaundice adalah
dengan kerapkan bayi anda menyusu. Dalam susu ibu telah terhasil formula
terbaik untuk anak melawan semua jenis penyakit temasuk jaundis. Ibu seharusnya
mengelakkan pengambilan jamu dan makan makanan seimbang.

Rujukan:
1.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
2.
Dr Zubaidi Ahmad
Dr Zubaidi Ahmad
3.
Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)

Thanks for reading!