5 Puri yang baik untuk bayi anda

Assalamualaikum WBT
Apabila bayi kita telah masuk usia 6 bulan, satu lagi tugas yang perlu dilakukan oleh seorang ibu adalah menyediakan makanan untuk si manja. Tentu sekali kita ingin memberikan yang terbaik kepada mereka, lebih-lebih lagi soal pemakanan yang akan menjadi darah daging dan memberi kesan dalam perkembangan pertumbuhan mereka. Apa yang perlu diingat, pemberian makanan kepada si manja tidak beerti kita perlu memberhentikan penyusuan susu ibu. Berusahalah supaya kita menyusukan si manja selama 2 tahun.
Tip sebelum bermula
Seeloknya sebelum menyediakan makanan untuk simanja, kita lakukanlah beberapa perkara seperti berikut:
1. Pastikan tangan dan peralatan yang ingin digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan bersih.
2. Bersihkan sayuran atau buah-buahan yang ingin dijadikan puri.
3. Puri boleh disimpan selama 3 hari  dalam peti sejuk. Sekiranya kita masukkan dalam freezer, ia dapat bertahan sampai 3 bulan.
4. Menyediakan perkara yang memudahkan penyediaan puri seperti blender 🙂
5 buah untuk bayi anda
1. Avocado
– Ia buah yang sangat sedap sebagai permulaan pengenalan makanan kepada bayi anda.
2. Pisang 
– Sangat bagus untuk sistem pencernaan bayi anda. Rasanya juga sedap untuk bayi yang baru mengenal makanan.
3. Ubi keledek
– Mengandungi vitamin A, beta carotene dan potassium. Bayi pasti suka sebab rasa yang manis dan texture yang lembut.
4. Pear
– Buah pear sangat kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin C dan folat
5. Buah epal.
– Epal boleh dimakan bersama keluarga. Ia juga mengandungi vitamin A, vitamin C, folat, potassium dan kalsium.
Thanks for reading!

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan