Rangsang bayi anda makan menggunankan tangan

Assalamualaikum
Apabila bayi mendekati umur 9 bulan, mereka kebiasaannya sudah pandai memegang sesuatu secara menggenggam. Mereka juga mempunyai tabiat memasukkan barang kedalam mulut dan menggigit. Orang dulu-dulu kata gatal gusi nak tumbung gigi.
Beberapa tips dan cara yang boleh kita cuba aplikasi pada anak-anak kita supaya mereka gembira untuk makan dengan tangan sendiri adalah:
1. Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa, lama-lama anda boleh mempelbagaikan makanan untuk si manja. Kepelbagaian pada warna dan struktur makanan.
2. Apabila si manja anda ingin menyentuh, menghidu, rasa atau bermain dengan makanan tersebut, biarkan mereka. Bersabarlah walaupun mereka membuat sepah. Galakkan mereka bereksperimen.
3. Untuk meminimumkan rumah bersepah, anda boleh cuba meletakkan si manja diatas kerusi makan bayi yang tinggi. Galakkan mereka menyertai aktiviti makan bersama keluarga.
4. Gunalah makanan yang mudah dipegang oleh si manja anda seperti pisang dan avocado.
5. Sekiranya bayi anda tidak suka pada sejenis makanan. Cuba lagi perkenalkan makanan tersebut pada minggu-minggu berikutnya. Ini kerana selera bayi boleh berubah mengikut masa. 
6. Makanan yang boleh dipegang oleh bayi adalah snek terbaik untuk mereka. Tetapi, pastikan ia tidak diberikan berlebihan kerana dibimbangi akan mengganggu minat untuk makan pada waktu makan utama.
7. SELALU perhatikan anak anda. JANGA biarkan mereka makan seorang diri untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini seperti tercekik berlaku.
Thanks for reading!

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan

Rezeki Kita Tidak Akan Pernah Sama

Rezeki kita tidak akan pernah sama.Rezeki kita memang tidak akan pernah sama. Sejujurnya, saya pernah gagal dalam breastfeeding. Dan kegagalan itu bukan sesuatu yang mudah