Seperti yang selalu saya sebutkan… Ibu bapa adalah dunia bagi anak-anak. Setiap percakapan kita adalah doa yang mengiringi kehidupan mereka. Sebab itu kita perlu cakap benda yang baik-baik sahaja…
Contohnya:
1. Suruh anak solat
Salah : Kenapa malas sangat nak solat ni, banyak setan ke kamu ni?
Betul : Anak ayah ni ahli syurga, pergi solat sekarang ye…nanti Allah sayang
2. Salah: orang bakhil masuk neraka, pergi beri sedekah kat orang tu..
Betul : kasihannya orang tu, berikan duit kat dia. Nanti Allh sayang anak yang pemurah..
3. Salah: kenapa kotor sangat ni, kamu nak jadi pengotor ke?
Betul : Islam suka bersih, Allah suka bersih… Jom mandi, tukar pakaian ye…
Jadilah ibu bapa yang menyeronokkan dan berkata baik dengan anak-anak. Ibu bapa yang bukan mengarah dan mengangkong tapi ibu bapa sporting yang dapat mendengar keluhan dan pandangan anak-anak.
Akhirnya, didiklah anak-anak mengikut zaman mereka, bukan mengikut zaman kita…
Thanks for reading!













