Bersalin di hospital mana?

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih sempat untuk
menyiapkan artikel untuk pembaca surijunior. Proses kelahiran adalah saat yang
sangat genting dalam hidup seseorang perempuan yang bakal bergelar ibu.
Pemilihan hospital yang baik dapat memudahkan urusan melahirkan khalifah kecil
ke muka bumi ini dengan sempurna insyaAllah. Disini saya ingin kongsikan
beberapa perkarta yang perlu kita ambil kira semasa ingin memilih hospital
bersalin.
1. Sejarah kesihatan
Anda kene tahu rekod kesihatan anda
terlebih dahulu. Perlu pantau samaada anda mempunyai kencing manis atau darah
tinggi, sakit jantung atau pernah mengalami komplikasi semasa kelahiran sebelum
ini. Jika anda pernah mengalami masalah ini, saya sarankan pergilah hospital
yang berpengalaman, mempunyai kelengkapan yang lengkap dan cukup, terdapat
kemudahan dan alatan yang sempurna supaya tidak timbul sebarang masalah semasa
proses kelahiran nanti.
2. Bajet
Bak kata orang, ukur baju di badan
sendiri. Tak semua orang mempunyai insurans/takaful dan syarikat yang sanggup
membayar bill hospital dan kos rawatan barsalin. Jadi, peruntukkan sedikit wang
untuk proses ini. Walaupun anda berhasrat untuk bersalin secara normal, simpan
juga wang kecemasan jika terpaksa menghadapi kelahiran caesarean.Eloknya,
berkunjung dahulu ke hospital yang anda inginkan dan dapatkan maklumat lengkap
mengenai kos bagi pakej barsalin di hospital berkenaan.
3. Lokasi
Sebaiknya, pilihlah hospital yang
berdekatan dengan rumah anda supaya anda boleh terus bergegas ke hospital
apabila mengalami tanda ingin bersalin. Ini juga dapat mengelakkan sebarang
komplikasi daripada berlaku.
4. Prosedur
Anda perlu lahu prosedur sesebuah
hospital samaada membenarkan suami atau ibu untuk masuk atau tidak semasa
proses kelahiran berlaku. Ini kerana, terdapat sesetengah hospital tidak
membenarkan orang lain masuk kedalam bilik berkenaan.
5. Hospital rakan bayi
Seeloknya, pilihlah hospital yang
meraikan penyusuan susu ibu. Ini kerana, pemberian susu ibu terutama pada
peringkat awal sangat penting untuk menguatkan sistem imun anak anda.
Selepas proses kelahiran selesai,
ambillah masa untuk berehat bersama simanja anda dan berpantanglah dengan baik.
Amat penting untuk menjaga kesihatan semasa dalam pantang untuk mengelak
sebarang keburukan apabila anda tua nanti. Anda juga boleh berpantang bersama
Shaklee. Kami menawarkan set berpantang yang sangat baik untuk anda, dari bahan
semulajadi. Jangan tangguh, hubungi SID kami berdekatan anda segera.

Thanks for reading!

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan