13 Tips menghadapi proses bersalin dengan tenang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kelahiran bayi comel adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Dalam masa yang sama, debaran menghadapi proses bersalin pasti dirasai terutama oleh si ibu. Saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu terutama first timer dalam menghadapi proses bersalin.
Saya tak pernah ke kelas-kelas pembelajaran natural birth atau sebagainya, apa yang saya kongsikan hanyalah daripada pengalaman sendiri sahaja 😉
1. Bersedia secara mental. Kekuatan mental sangat penting untuk menjayakan proses kelahiran. Seorang ibu hendaklah percaya bahawa dia cukup kuat untuk menghadapi semua ini demi anak yang tersayang.
2. Siapkan kelengkapan bayi seawal 7 bulan kandungan. Persiapan seawal ini, mengelakkan situasi panik dan ketidaksediaan ibu jika tiba-tiba terpaksa bersalin awal atas sebab-sebab kecemasan
3. Selalu berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan. Cakap perkara yang baik-baik dan berikan pesanan yang positif untuk bayi. 
4. Kerapkan membaca Surah Maryam, untuk memudahkan proses kelahiran
5. Cerita dan berbincang dengan suami tentang proses kehamilan dan kelahiran
6. Elakkan mendengar kisah-kisah hitam kelahiran. Bayangkan perkara yang mudah & positif untuk kelahiran anda.
7. Minta bantuan suami untuk buatkan air yaasin, memiliki air doa dari suami adalah sesuatu yang sangat membantu meningkatkan keyakinan isteri
8. Semasa anda diminta untuk masuk ke labour room, hubungi ibu, bapa dan adik beradik terdekat untuk meminta mereka mendoakan anda. Sokongan moral sangat penting untuk memberi keyakinan buat si ibu
9. Ketika di labour room, jangan terlalu fikirkan rasa sakit dan ngerinya proses bersalin. Alihkan perhatian anda daripada rasa sakit. Sibukkan diri dengan memikirkan saat-saat indah memangku bayi comel.
10. Bawa smartphone ke dalam labour room bersama anda. Bacalah Al-Quran di smartphone anda atau sibukkan diri berbuat di WhatsApp atau mesej untuk mengalihkan fokus anda kepada rasa sakit. Anda yang sukakan majalah atau buku, juga boleh berbuat demikian. Jangan tumpukan sepenuh perhatian kepada rasa sakit.
11. Basahkan bibir atau baca dalam hati zikir-zikir dan doa nabi Yunus
12. Berbual dengan suami atau nurse tentang perkara-perkara lain yang menggembirakan
13. Teruskan keyakinan dalam hati bahawa bantuan Allah akan datang dan ramai orang-orang disekeliling anda mendoakan anda
Sakit bersalin ni sakit yang paling sakit dalam dunia katanya, tapi kita perlu ingat, bahawa, kuasa minda dan kawalan keyakinan diri boleh mengatasi semua itu dan mengurangkan rasa sakit, dengan izin Allah. Ingat ganjaran Allah terhadap ibu yang melahirkan. Dan yang paling penting adalah minda yang positif. Apa yang kita sangka, Apa yang kita fikir dan apa yang kita doakan, itulah yang akan datang kepada kita. Jadi, Cakap yang baik-baik, Fikir yang baik-baik, InsyaAllah, yang datang juga yang baik-baik 🙂

Thanks for reading !

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

Tips tenaga Luarbiasa sewaktu umrah

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi

Read More »

Categories

On Key

Artike Berkaitan

Rezeki Allah sangat luas, selagi kita berusaha dengan yakin dan penuh kesungguhan

 Assalamualaikum & Hai !!! Adam pi Solat Jumaat semalam, saya bagi seringgit, untuk sedekah di masjid. Dah 8 tahun umur Adam. Kenang kembali, sebak pula dengan perjalanan membesarkan dia. Masa mengandungkan Adam, ayah saya diserang stroke. Masa tu, kami di Ampang, Kuala Lumpur. Dalam tempoh sebulan, kami bergegas pindah balik kampung ke Kedah, untuk menjaga ayah. Kami tinggalkan rumah teres yang kami beli & baru lepas renovate, tukarkan sekolah anak-anak dan perkara paling besar sekali adalah suami saya melepaskan jawatannya sebagai guru. Tak tahu lah dari mana kami dapat kekuatan. Semuanya kerana ayah. Ayah dah sihat 💖 ‌برُّوا ‌آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ“Berbaktilah kepada ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu” [hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat]. Balik ke Kedah, masa saya sarat mengandungkan Adam, bina semula kehidupan dari kosong. Pejam celik, dah 8 tahun kisah ini berlalu. Adam menang pertandingan azan di masjid kampung Kini, kami dah stabil di sini, menjalankan bisnes Shaklee, m Pengedar Shaklee asih lagi bisnes yang kami mulakan 2011 yang dulu. Cuma berpindah lokasi, tidak berpindah kerjaya. Dari Pengedar ShakleePengedar Shaklee Ampang kepada Pengedar Shaklee Kodiang.  Saya meneruskan bisnes seperti biasa, bisnes online ni sangatlah fleksibel, tambahan pulak, Shaklee pegang semua stok & barang. Saya cuma promosikan & melatih ahli team sahaja melalui online. Sangat mudah. 4 anak yang lahir di Kedah💖 Rupanya, setelah berpindah ke sini, bisnes kami kian berkembang, Alhamdulillah. Dari ceruk kampung ni, saya dapat satu lagi award tertinggi iaitu Elite Master 25 Award. Ada 6 orang yang dianugerahkan, dan kami salah satunya dan satu-satunya pemenang dari kampung 😂 Lagi gambar di FB : Elite Master Celebration Rezeki Allah sangat luas, Alhamdulillah. Sebab itu, saya sayangkan sangat bisnes Shaklee, sangat mudah dan fleksible untuk bersama keluarga sambil menjana income.  Jika anda ada cita-cita untuk membina bisnes tanpa modal, fleksibel tetapi lumayan, boleh hubungi saya untuk dibantu ya 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi suami isteri bersama mak mertua dan anak sulung saya. Mak saya dia sihat saja, cuma dalam usia 77 tahun, dia berjalan agak lambat, dan risau dirempuh atau apa-apa yang tak diingini berlaku, kami bawa sekali wheelchair untuk Mak. Sejujurnya, saya bawa vitamin hampir separuh beg ! tokey vitamin lah katakan 😂😂. Tapi, tak sempat nak makan pun, sibuk ke sana ke sini. Jadi, akhirnya, saya decide untuk kami empat beranak, konsisten dengan ResV dan OsteNutrix sahaja.  2 kapsul ResV pagi dan malam + 4 biji OsteNutrix sebelum tidur. Dan, alhamdulillah, dengan izin Allah kami semua sihat bertenaga, Mak yang pada awalnya macam nak selsema sembuh dan sihat sepanjang umrah. Ini testimoni shaklee saya yang tak tau ke berapa dah. banyak sangat Allah rezekikan sihat & cergas dengan Shaklee ni Pulang ke Malaysia, dari KLIA, kami drive ke utara. Terus beraktiviti macam biasa, kawan-kawan datang ziarah, pi masjid, kenduri, hantar anak sekolah. semuanya seperti biasa. Dan 3 hari selepasnya, drive lagi, hantar Mak balik Terengganu. Alhamdulillah, sihat semuanya dan cergas. Dah tak macam balik umrah, macam pi Aloq Setaq ja pulak 😂😂 Itulah, usaha itu dari kita, izinnya dari Allah. Sebagai manusia yang lemah, semua kebergantungan kita kepada Allah. Tapi, mesti melalui usaha yang bersungguh-sungguh. Tips lain yang asas bila ke umrah # Jangan kerap mandi# Pakai lip balm untuk elak bibir pecah# Banyakkan minum air, bawa botol air, isi air zamzam, minum air zamzam banyak-banyak#Banyakkan baca doa ni semasa di sana, terutama waktu tawaf & saei, minta kekuatan tubuh badan.  Doa ni, arwah mak saya bagitau, mak yang sakit lutut masa tu, boleh bersaei lebih laju dari saya. Alfatihah untuk Mak, moga Mak bahagia di sana Selamat mengerjakan haji & umrah untuk yang dijemput Allah. Semoga ada peluang untuk kita semua pergi berkali-kali ke haramain. Terima Kasih Shaklee, belanja bilik hotel duplex yang best dan luas sangatttt Anda nak umrah percuma? Jom saya bantu 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200