Jadikan diri kita sebab untuk mereka terus tersenyum :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jika kita cerita pasal kolagen, mesti semua terbayang kulit yang tegang, tanpa cela, anjal dan yang cantik-cantik sahaja. Tapi sebenarnya fungsi kolagen jauh lebih hebat dari itu. Setiap elemen dalam tubuh kita memerlukan kolagen, baik kulit, atau tulang atau mata dan segala-galanya.

Ketika sebenarnya kita ghairah memiliki kolagen untuk diri sendiri, kita terlupa bahawa ibu dan bapa kita lebih perlukannya daripada kita. Sendi-sendi mereka yang berusia 50 tahun, 70 tahun, 60 tahun telah tua dan kehilangan banyak kolagen dimamah waktu.
Tangan yang saban hari menadah ke langit mendokan kita, sudah tidak lagi setegang dahulu, Lutut yang saban hari membengkok bekerja sudah tidak lagi sekuat dulu dan segala-galanya di tubuh mereka kian hari, kian kehilangan kolagen merentasi waktu.
Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri yang memberikan kolagen untuk ayah, apabila tisu lututnya terkoyak. Dulu, ayah saya pernah jatuh di kawasan rumah, menyebabkan tisu lututnya terkoyak, dan beliau akhirnya tak boleh bengkok lutut. Solat sambil berdiri dan keadaan itu sangat menyakitkan. Semua aktiviti harian hanyalah yang minima sahaja.
Saya sedih, tak tau nak habaq. Jadi, saya poskan kolagen. Ayah saya susah sangat-sangat nak consume benda lain selain ubat hospital. Pujuk dan pujuk akhirnya, beliau consume. 2 minggu selepas itu, saya dapat perkhabaran daripada mak bahawa ayah dah solat macam biasa. Allahuakbar, perasaan dan kegembiraan yang saya tak boleh gambarkan. Bagaimana usaha kecil saya menjadi asbab untuk ayah beribadah lebih baik.
Anda boleh tonton sharing saya yang dirakamkan. Klik di sini 
Jika ada kemampuan, hadiahkanlah suplemen terbaik ini untuk ayah dan bonda. Semoga sisa baki hidup mereka diakhiri dengan kesihatan yang baik dalam beribadah.
Kenapa Shaklee Collagen Powder terlalu hebat ?
Collagen Powder Shaklee bukan sekadar kolagen. Ianya ditambah dengan bahan aktif lain untuk meningkatkan keberkesanannya 🙂
Hubungi saya, jika hati yang tulus anda terdetik untuk menghadiahkan mereka kolagen ini. Saya akan bungkuskan dengan cara yang paling istimewa untuk kejutan kepada mereka 🙂
Jadikanlah diri kita sebab untuk mereka mengukir senyum 🙂
Thanks for reading!
Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan

Rezeki Kita Tidak Akan Pernah Sama

Rezeki kita tidak akan pernah sama.Rezeki kita memang tidak akan pernah sama. Sejujurnya, saya pernah gagal dalam breastfeeding. Dan kegagalan itu bukan sesuatu yang mudah