BERBALOI KENA GELAK DALAM GYM PUN KALAU DAH BERJAYA TURUN 30 KG !

Gemuk adalah punca kepada macam-macam masalah. Obsesi menurunkan berat badan atau melangsingkan bukan sekadar untuk tujuan kosmetik tapi lebih penting dari itu, untuk kesihatan diri.

Hari ni saya nak kongsikan kisah anak buah Shaklee di Surijunior yang berjaya turun 30kg! 30 tau.  Banyak tu! Bukan setakat 3kg.

Ok Jom baca pengalaman Isma
========

Dari kecik sampai dewasa,saya tak pernah kurus. Lahir pun 3.8kg. Perkataan kurus tu tiada dalam kamus hidup dan mustahil untuk saya.

Sampai lepas kahwin, Ada 3 sebab yang membuatkan saya nak kurus :
1. Saya belum ada anak setelah 3 tahun berkahwin
2. Ayah terkena kanser prostat
3. Berat saya naik 15kg lepas kahwin (70kg ke 85kg)

Gemuknya masa tu memang melampau, sampai terpaksa pinjam seluar suami ! Saya mula diet cara saya. Cuba kawal Makan dan work out. Pergi Sit Up, Berbasikal, Jogging, Berlari dan lain-lain. Saya tak pernah putus asa. Saya mesti kurus.

Macam-macam kata-kata orang yang saya telan walaupun pedih. Disindir merancang taknak anak, gemok dan macam-macam lagi. Saya senyumkan saja.

Saya juga pernah berdekah-dekah digelakkan di Gym bila saya terbalik gedebuk! Jatuh! Masa buat sit up. Digelakkan lagi bila jatuh masa berlari di threadmill. Ambitious sangat pi set nak lari laju.

Lepas kena gelakkan , saya kumpul duit dan beli sendiri.💪

Kulit muka saya dah tebal. Apa pun jadi, saya mesti kurus! Work out saya sangat gigih tapi masalahnya saya susah kawal Makan. Lepas makan, singgah Kedai melantak roti sardin. Itulah masalahnya.

Sampailah satu hari, saya ternampak iklan ESP di Facebook Iklan ni 👇

Iklan ni tak ada cakap pun untuk kurus tapi saya selalu letih dan tak larat. Saya beli. Nak cuba.

Saya minum ESP pagi campur dengan Twister . Rasa kenyang sangat!!! Tak ada selera nak makan lain dah. Ini sudah bagus!

Sejak hari tu saya ambil ESP pagi dan malam, tengahari tetap ambil nasi. Sekarang, lepas work out, tak lagi cari roti sardin, minum ESP saja, dah kenyang dan tak craving macam-macam dah.

Supplemen lain pun saya ambil macam Lechitin, Herblax, Omega Guard dan Alfalfa. Tapi tak konsisten. Ambil bila perlu sahaja. Yang konsisten setiap hari adalah ESP.

Sehingga lah saya kurus dengan berat ideal. Turun 30kg! Saya start ambil GLA Complex. Konsisten selama sebulan dan kemudian disahkan hamil. Alhamdulillah.

Sekarang saya masih menyusu anak saya yang dah pun berusia 2 tahun 4 bulan. Ada subsidi pulak extra 4 bulan bf.haha

Walaupun saya kurus, tapi badan dan kulit tak ada gelebeh atau lembik. Rasa happy dan seronok dengan diri saya yang baru. Anda yang membaca, apa pun tujuan ambil supplemen, tolong jangan skip ESP.  Rugi sangat!

============

Itu diaaa sharing dari Isma, Dah dia kurus, sekarang Isma sebarkan kebaikan Shaklee secara aktif. Nak bantu lagi ramai yang sihat. Hasil gigih berkongsi, Isma dah pun capai income ribu-ribu sebulan.

Best tu. Sihat dapat, Cantik dapat, Duit pun dapat. Badan makin kurus, Poket makin gemok!

Ok, siapa nak kurus atau nak hamil atau nak buat bisnes dengan Shaklee, boleh contact Isma ya.  FB Ismariza Ismail / di 012 464 0795.

Goodluck semua

Konsultasi bisnes dan produk Shaklee, hubungi saya di 019 228 2147 😊

Order ESP anda? Klik di sini > http://bit.ly/OrderESP
Hubungi saya selepas belian untuk konsultasi istimewa 😘

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan

Rezeki Kita Tidak Akan Pernah Sama

Rezeki kita tidak akan pernah sama.Rezeki kita memang tidak akan pernah sama. Sejujurnya, saya pernah gagal dalam breastfeeding. Dan kegagalan itu bukan sesuatu yang mudah