DERITA BENGKAK SUSU : APA PERLU SAYA BUAT?

Bengkak susu perkara biasa di kalangan ibu terutamanya ibu dalam pantang, di awal kelahiran. Memang parah jika dibiarkan melarat. Apa perlu Ibu buat jika terkena bengkak susu?

1. Susukan bayi dengan kerap. 2-3 jam sekali. sejam sekali pun bagus. Kejut bayi jika tidur terlalu lama. Kalau bayi enggan menyusu, perah susu dan kosongkan payudara.

2. Mandi air suam. Gunakan sikat rambut untuk menyikat payudara dari atas ke bawah (areolar) dan dari bawah ke areolar.

3. Buat urutan payudara 6 langkah  seperti rajah di bawah :

Urutan ini boleh dilakukan bila-bila masa. Lagi kerap lagi baik dan seeloknya mesti dilakukan sebelum menyusu, sebelum mengepam dan semasa mandi

4. Tuam suam untuk memecahkan “ketulan” atau sumbatan. Boleh tuam dengan tuala suam atau gunakan hot / cold pad. Hot/Cold pad ini boleh dibeli dari farmasi / Kedai barangan bayi. Guna hot/cold pad lebih mudah sebab kepanasannya bertahan lama berbanding tuala

Tuam semasa mandi dan sangat baik jika kita tuam semasa mengepam/menyusu. Sambil ketulan dipecahkan / blockage disurutkan, ada hisapan dari mulut bayi / breastpump  yang membantu pengaliran susu

Jika payudara terasa terlalu sakit. Ibu boleh juga gunakan ini untuk Tuam sejuk supaya ada rasa kebas dan mengurangkan sakit bengkak.

5. Minum air suam untuk melancarkan Susu ibu

6. Ambil suplemen Lechitin. Ianya sangat membantu memulihkan bengkak susu dan salur susu tersumbat selain banyak manfaat lain untuk kekuatan ingatan juga menguruskan  badan 

7. Mesti  positif dan yakin keadaan akan pulih.

Salam Sayang,
Farihah | 019 228 2147

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan