Bolehkah Susu Formula Diberikan Kepada Bayi, Jika Susu Badan Tidak Cukup?



Kalau boleh, berikanlah bayi anda susu badan sekurang-kurangnya sehingga usia 6 bulan pertama. Ini dipanggil sebagai penyusuan secara eksklusif.

Jika anda bimbang susu badan anda tidak cukup, yakinlah bahawa bekalan susu rendah yang sebenar-benarnya sangat jarang berlaku. Kebanyakan ibu-ibu boleh menghasilkan susu untuk bayi mereka dengan mudah, malah untuk lebih daripada seorang bayi sekiranya mereka mempunyai anak kembar

Namun masih ramai ibu yang bimbang bahawa susu badan mereka tidak cukup untuk bayi mereka. Ini adalah sebab utama mengapa ibu-ibu yang menyusu badan mula memberi bayi mereka susu formula sebagai penambahan, atau berhenti menyusukan terus.




Walau bagaimanapun, jika anda mula memberi bayi anda formula serta susu badan, anda mungkin dapati badan anda berada dalam satu kitaran. Jika bayi anda perlukan kurang susu badan kerana dia sudah diberi susu formula, payudara anda akan mengurangkan jumlah susu yang dihasilkan. Ini kerana badan anda menghasilkan susu berdasarkan permintaan. 






Jika anda bimbang bayi anda tidak mendapat susu badan yang mencukupi, perhatikanlah tanda-tanda berikut untuk meyakinkan anda bahawa semuanya baik:

  • menyusukan bayi anda adalah mudah dan tidak menyakitkan bagi anda;
  • bayi anda berhenti menghisap sendiri;
  • bayi anda gembira selepas menyusu;
  • bayi anda mempunyai tona kulit yang baik;
  • bayi anda buang air kecil kira-kira lima hingga lapan kali dalam masa 24 jam.



Jadi, para ibu sekalian buat lah pilihan yang terbaik untuk bayi anda. Susu ibu antara pilihan yang terbaik. Banyak faedah yang bayi anda perolehi. Antaranya mengurangkan risiko kematian bayi secara mengejut, membantu bayi melawan jangkitan kuman dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaan dan juga susu ibu mengandungi antibodi dari badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut, selsema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.

sumber info: babycentre.com

—————————————————————————————————————–

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior


Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan