Jubah turki dalam gambar ni, hitam dengan tambahan kain ala kulit maroon pergelangan tangan & bahagian dada. Ada macam sayap sikit kat kanan & kiri badan, dengan finishing batu maroon merelip merelap. Lawa sangat.
Jubah ni saya pakai sekali saja, sebab lepas tu mengandung, bersalin dan tak muat lagi
. Akhirnya Feb 2020, saya dapat sarung kembali, setelah capai berat ideal.
Saya hilang sekitar 12 kg selepas bersalinkan anak ke tujuh. Sesetengah orang, kurus lepas bersalin tu senang sangat, petik jari saja. Makan macam membela pun, badan tak naik-naik. Tapi itulah, bukan semua orang nasibnya baik macam tu. Salah seorangnya saya, kalau nak kuruskan badan lepas bersalin, ianya umpama perjuangan antara hidup dan mati.
Tapi, siapa kata ianya mustahil? Tak. Ianya tak pernah mustahil dengan keyakinan, usaha & konsistensi. Mencapai berat ideal sangat penting untuk kehidupan yang sihat, matlamatnya jauh dari sekadar nak cantik.
____________________________________________________________________________________________________












