Semoga Allah Ampunkan Dosa Kita

Tadi saya ziarah kematian. Seorang isteri kehilangan suami yang baik
Anak-anak kehilangan ayah yang penyayang. Saya salam dan peluk isterinya. Air matanya kian laju tumpah ke pipi.

“Kak chik, Allah pilih arwah pergi hari jumaat, tengok tu dia senyum, muka dia bersih”….“Betul, kak pun lega tengok muka dia”.. Tiba-tiba dengar suara
“OK, kita angkat masuk mandi”

Isterinya seolah terkejut, “Allah ! Nak angkat dah kaaaa”

Dia menerpa ke jenazah suaminya, mencium dahi dan kedua pipi. Air matanya kekal bergenang di wajahnya yang tenang. Kematian sangat menginsafkan. Bayangkan kita yang terbaring dan melihat keluarga dan jiran tetangga mengelilingi kita. 

Sewaktu itu suara kita tidak lagi didengari, jasad kita hanya untuk diperhati.
Moga Allah ampunkan kita, Moga Allah lorongkan kita melakukan kebaikan dijalanNya. Moga Allah pilih kita untuk menjadi pemenang kepada tawaran yang hebat-hebat di alam sana.
Ameen

__________________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200

 

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan