Field Advisory Council Wakil Shaklee Distributors Shaklee Malaysia.

FAC Sisters

Field Advisory Council (FAC) ni sebenarnya adalah wakil rasmi Shaklee Distributors kepada pihak Shaklee Malaysia. Bahasa mudahnya, FAC ni jadi jambatan dua hala. Suara distributor di lapangan dibawa ke pihak HQ, dan pada masa yang sama info, hala tuju serta polisi Shaklee disampaikan semula kepada distributor. Peranan ni nampak ringkas, tapi sebenarnya besar dan penuh amanah.

FAC datang daripada pelbagai latar belakang dan team yang berbeza-beza. Ada yang dari team besar, ada yang membina dari zero, ada yang power coaching, ada yang hebat sistem. Tapi bila dah duduk dalam FAC, semua ego diketepikan. Yang tinggal cuma satu niat iaitu nak tengok distributor Shaklee di Malaysia ni berkembang, stabil dan berjaya.

Walaupun kami daripada team yang berbeza, hubungan kami sangat-sangat rapat. Tak ada istilah simpan ilmu atau takut orang lain laju. Yang ada cuma budaya berkongsi. Kami selalu share idea, share pengalaman, share apa yang jadi dan apa yang tak jadi. Kadang-kadang benda kecil yang kita share tu boleh jadi game changer untuk team orang lain. Itulah cantiknya ukhuwwah dalam FAC ni.

Terus terang, saya ni masih adik dalam FAC. Baru masuk tahun kedua sebagai FAC, sedangkan Masters yang lain dah lama pegang peranan ni. Depa ni bukan calang-calang orang. Pengalaman luas, pemikiran matang dan sangat power bila bercakap soal strategi, leadership dan sustainability business. Banyak benda saya belajar hanya dengan dengar cara depa fikir dan buat keputusan.

Apa yang paling saya hargai, adik-adik FAC ni sangat supportive. Tak kira sesibuk mana pun masing-masing dengan team sendiri, masih ada ruang untuk dengar, tolong dan bagi pandangan. Kadang-kadang bukan soal business pun. Soal emosi, soal leadership fatigue, soal nak kekal waras dalam dunia network marketing ni. Semua tu kita lalui sama-sama.

FAC bukan tempat untuk glamor atau kejar title. Ia lebih kepada ruang khidmat. Kita belajar untuk lebih empati dengan distributor di bawah, lebih bertanggungjawab dengan setiap cadangan, dan lebih berhati-hati dalam setiap keputusan. Sebab setiap keputusan tu akan beri kesan kepada ramai orang.

Terima kasih adik-adik FAC untuk semua kebaikan, sokongan dan ukhuwwah sepanjang perjalanan ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu tanpa berkira, menegur dengan penuh hikmah, dan sama-sama memikul amanah ini. Semoga Allah bantu kita untuk terus membantu semua kawan-kawan Shaklee kita berjaya, bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat.

Moga persahabatan ini kekal, perjuangan ini diberkati, dan setiap langkah kita dinilai sebagai amal.

❤️

#shakleemastercoordinator#shaklee#shakleeconvention2026

Bersama Master Hasifah (dua dari kiri), Master Nana Macarona dan Master Nurmie.
Master Raja Abdul Mutalib (dari kiri), Master Afiq (suami Master Nurmie) dan Master Iskandar Zulkarnain (suami Master Hasifah).

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan