10 Cara Sihat Untuk Ibu Hamil Turunkan Berat Badan Kerana Obesiti

Ramai ibu hamil yang susah hati bila doktor atau jururawat mula ‘membebel’ sebab berat badan naik melebihi paras yang sepatutnya dalam sebulan. Sedangkan perjalanan kehamilan untuk melahirkan bayi masih jauh. Maksudnya berat badan ibu berpotensi untuk terus bertambah. Awas ya, ibu hamil sebab itu juga meningkatkan risiko anda mendapat masalah obesiti, diabetis dan bayi terlalu besar hingga sukar melahirkan secara normal.
Jadi, sebelum banyak komplikasi boleh berlaku pada diri anda, lebih baik buat sesuatu! Inilah cara paling sihat untuk ibu hamil turunkan berat badan. Tiada lagi alasan ya!
Tahu Berapa Berat Badan Yang Perlu Dikurangkan
Menurunkan berat badan masa hamil tak sama seperti ketika anda tidak mengandung kerana jika berlebihan berat turun ia boleh menyebabkan risiko kekurangan zat pada bayi. Anda perlu kira berapa berat badan yang mesti dicapai tetapi dalam masa yang sama anda dan bayi tetap sihat. Kiraan boleh dibuat berdasarkan BMI (Body Mass Index) ibu sendiri.
Contohnya BMI lebih 30 – kenaikan berat badan 4.9 – 9 kg sepanjang hamil.
BMI 25-29.9 – kenaikan berat badan 6.8 – 11.33 kg dan BMI normal 18.5 – 24.0 – kenaikan berat badan 11.33 – 15.87 kg sahaja.
Perlu Tahu Berapa Jumlah Kalori Diperlukan Sehari
Tak ada orang yang akan mengambil tahu berapa pengambilan kalori hariannya kecuali orang yang sedang berdiet. Jika ibu hamil tahu berapa jumlah kalori diperlukan setiap hari mengikut trimester kehamilan maka mudahlah dia untuk mengawal pengambilan makanan. Ini kerana pengambilan kalori berlebihan hanya akan menambah berat badan ibu  sahaja. Sebaiknya ibu perlu mengikut jadual menu yang disediakan oleh pakar nutrisi yang bertauliah. Jangan makan ikut nafsu, nanti anda sendiri yang menanggung masalahnya.
Kawal Berat Badan Dari Awal Kehamilan
Sepatutnya kenaikan berat badan yang baik berlaku pada trimester kedua dan ketiga kerana ia penting untuk perkembangan janin dalam kandungan. Kalau ibu hamil mengalami kenaikan berat badan di awal kehamilan maka sukar untuk dia mendapat berat badan ideal di trimester kedua dan ketiga. Oleh itu penting bagi ibu sendiri untuk tahu apa nutrisi dan kalori yang diperlukan sepanjang trimester kehamilan.
Makan Kerap Tetapi Sedikit
Mengandung bukan bermaksud kena ikut nafsu dan selera makan yang tiba-tiba naik mendadak. Jika selera makan anda tiada masalah sejak awal hamil, maka ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap dan hanya mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat sahaja bukannya yang tinggi kalori dan manis-manis.
Elak Makanan Terlalu Masin
Jangan terlalu mengikut keinginan untuk makan makanan yang masin sahaja ketika hamil. Makanan yang tinggi kandungan garam akan memberi kesan buruk kepada berat badan iaitu kegemukan. Garam boleh merosakkan keseimbangan cecair elektrolit dalam badan ibu hamil. Selain menjadi gemuk, ibu juga berisiko mendapat penyakit darah tinggi dan praeklampsia.
Katakan Tidak Pada Makanan Segera
Sebaiknya kalau tengah hamil, ‘banned’ terus makanan ringan dan segera daripada senarai menu anda. Kalau tak boleh juga kawal kerana alasan teringin, ambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak kerap. Suka atau tidak, ibu kena akur dengan kenyataan yang makanan segera tidak bagus untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Bahan yang digunakan dalam makanan segera seperti bahan perasa, pengawet makanan, pemanis buatan dan bahan kimia boleh memberi kesan pada berat badan ibu hamil. Bahkan pengambilan makanan segera secara berlebihan semasa mengandung juga dikatakan menjadi punca masalah gangguan mental seperti autisme kepada bayi.
Elakkan Minuman Berkafien Dan Bergas
Minuman kafein dan bergas terkenal sebagai sumber minuman tinggi gula. Kalau anda jenis tak boleh tinggal minuman ini walaupun ketika hamil, maka bersedialah untuk mendapat komplikasi kehamilan seperti kegemukan, diabetes, degupan jantung terlalu cepat dan kecacatan bayi. Kandungan kalori dalam minuman ini akan menyebabkan badan ibu mengandungi gula berlebihan.
Tukar Cara Masak
Ibu hamil masih memerlukan makanan yang mengandungi lemak. Biasanya makanan bergoreng, berminyak, bermentega memamg terkenal sebagai berlemak. Tetapi jika sedang berusaha mengurangkan berat badan makan cuba cara masakan lebih sihat iaitu panggang, kukus dan rebus. Jika hendak menggoreng pun gunalah minyak kelapa atau minyak zaitun.
Ambil Makanan Tinggi Serat
Salah satu masalah yang akan dihadapi oleh ibu hamil yang obesiti adalah sembelit. Masalah sembelit yang dialami oleh ibu hamil boleh meningkatkan risiko tekena buasir. Jadi, sebaiknya ibu mesti amalkan pengambilan makanan tinggi serat sejak awal hamil lagi. Selain membantu sistem pencernaan yang lebih baik dan sihat maka ibu juga boleh menurunkan berat badan.
Minum Air Secukupnya
Ibu hamil yang nak menurunkan berat badan mesti amalkan minum air yang banyak. Air sangat baik untuk mengawal berat badan kerana ia boleh membantu proses metabolisme dan pembakaran kalori dalam badan. Tetapi perlu diingat, air yang sebaiknya diminum oleh ibu adalah air masak. Bukannya air berperisa tak kira sama ada mengandungi kafein, gula atau bahan kimia.
Sebenarnya memang boleh ibu hamil mengurangkan berat badan yang sudah naik berlebihan selepas dinasihatkan oleh doktor tetapi perlu dilakukan dengan cara yang sihat dan selamat. Jika ibu sudah mengalami obesiti yang berlebihan maka pelan diet dari pakar nutrisi dan doktor memang penting untuk diikuti bagi mengelakkan kesilapan diet ketika hamil.

sumber: majalah pa&ma
——————————————————————————————————-

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

Tips tenaga Luarbiasa sewaktu umrah

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi

Read More »

Categories

On Key

Artike Berkaitan

Rezeki Allah sangat luas, selagi kita berusaha dengan yakin dan penuh kesungguhan

 Assalamualaikum & Hai !!! Adam pi Solat Jumaat semalam, saya bagi seringgit, untuk sedekah di masjid. Dah 8 tahun umur Adam. Kenang kembali, sebak pula dengan perjalanan membesarkan dia. Masa mengandungkan Adam, ayah saya diserang stroke. Masa tu, kami di Ampang, Kuala Lumpur. Dalam tempoh sebulan, kami bergegas pindah balik kampung ke Kedah, untuk menjaga ayah. Kami tinggalkan rumah teres yang kami beli & baru lepas renovate, tukarkan sekolah anak-anak dan perkara paling besar sekali adalah suami saya melepaskan jawatannya sebagai guru. Tak tahu lah dari mana kami dapat kekuatan. Semuanya kerana ayah. Ayah dah sihat 💖 ‌برُّوا ‌آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ“Berbaktilah kepada ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu” [hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat]. Balik ke Kedah, masa saya sarat mengandungkan Adam, bina semula kehidupan dari kosong. Pejam celik, dah 8 tahun kisah ini berlalu. Adam menang pertandingan azan di masjid kampung Kini, kami dah stabil di sini, menjalankan bisnes Shaklee, m Pengedar Shaklee asih lagi bisnes yang kami mulakan 2011 yang dulu. Cuma berpindah lokasi, tidak berpindah kerjaya. Dari Pengedar ShakleePengedar Shaklee Ampang kepada Pengedar Shaklee Kodiang.  Saya meneruskan bisnes seperti biasa, bisnes online ni sangatlah fleksibel, tambahan pulak, Shaklee pegang semua stok & barang. Saya cuma promosikan & melatih ahli team sahaja melalui online. Sangat mudah. 4 anak yang lahir di Kedah💖 Rupanya, setelah berpindah ke sini, bisnes kami kian berkembang, Alhamdulillah. Dari ceruk kampung ni, saya dapat satu lagi award tertinggi iaitu Elite Master 25 Award. Ada 6 orang yang dianugerahkan, dan kami salah satunya dan satu-satunya pemenang dari kampung 😂 Lagi gambar di FB : Elite Master Celebration Rezeki Allah sangat luas, Alhamdulillah. Sebab itu, saya sayangkan sangat bisnes Shaklee, sangat mudah dan fleksible untuk bersama keluarga sambil menjana income.  Jika anda ada cita-cita untuk membina bisnes tanpa modal, fleksibel tetapi lumayan, boleh hubungi saya untuk dibantu ya 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi suami isteri bersama mak mertua dan anak sulung saya. Mak saya dia sihat saja, cuma dalam usia 77 tahun, dia berjalan agak lambat, dan risau dirempuh atau apa-apa yang tak diingini berlaku, kami bawa sekali wheelchair untuk Mak. Sejujurnya, saya bawa vitamin hampir separuh beg ! tokey vitamin lah katakan 😂😂. Tapi, tak sempat nak makan pun, sibuk ke sana ke sini. Jadi, akhirnya, saya decide untuk kami empat beranak, konsisten dengan ResV dan OsteNutrix sahaja.  2 kapsul ResV pagi dan malam + 4 biji OsteNutrix sebelum tidur. Dan, alhamdulillah, dengan izin Allah kami semua sihat bertenaga, Mak yang pada awalnya macam nak selsema sembuh dan sihat sepanjang umrah. Ini testimoni shaklee saya yang tak tau ke berapa dah. banyak sangat Allah rezekikan sihat & cergas dengan Shaklee ni Pulang ke Malaysia, dari KLIA, kami drive ke utara. Terus beraktiviti macam biasa, kawan-kawan datang ziarah, pi masjid, kenduri, hantar anak sekolah. semuanya seperti biasa. Dan 3 hari selepasnya, drive lagi, hantar Mak balik Terengganu. Alhamdulillah, sihat semuanya dan cergas. Dah tak macam balik umrah, macam pi Aloq Setaq ja pulak 😂😂 Itulah, usaha itu dari kita, izinnya dari Allah. Sebagai manusia yang lemah, semua kebergantungan kita kepada Allah. Tapi, mesti melalui usaha yang bersungguh-sungguh. Tips lain yang asas bila ke umrah # Jangan kerap mandi# Pakai lip balm untuk elak bibir pecah# Banyakkan minum air, bawa botol air, isi air zamzam, minum air zamzam banyak-banyak#Banyakkan baca doa ni semasa di sana, terutama waktu tawaf & saei, minta kekuatan tubuh badan.  Doa ni, arwah mak saya bagitau, mak yang sakit lutut masa tu, boleh bersaei lebih laju dari saya. Alfatihah untuk Mak, moga Mak bahagia di sana Selamat mengerjakan haji & umrah untuk yang dijemput Allah. Semoga ada peluang untuk kita semua pergi berkali-kali ke haramain. Terima Kasih Shaklee, belanja bilik hotel duplex yang best dan luas sangatttt Anda nak umrah percuma? Jom saya bantu 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200