Surirumah Perlukah Mengepam / Memerah Susu

Dalam situasi sebagai seorang suri rumah, mungkin ada yang berpendapat
tidak perlu untuk memerah atau mengepam susu untuk dibuat stok EBM. Kerana ibu
sentiasa bersama bayi di rumah atau ke mana-mana. 
Tetapi mungkin juga ia perlu dibuat stok EBM untuk beberapa perkara yang
perlu. Ada 6 sebab ibu suri rumah PERLU mengepam susu
untuk  beberapa keadaan:
1.  Perlu tinggalkan anak untuk satu tempoh. Contohnya, ibu perlu
ke pasar basah untuk memberi barang dapur, ada kecemasan yang tidak sesuai
untuk membawa bayi bersama, menghadiri majlis ilmu, kursus atau seminar dan
sebagainya.

 
2. ME-Time. Sebagai ibu dan wanita ada masa ibu
perlu meluangkan masa untuk diri sendiri. Contohnya, seperti berdandan di SPA,
Salon, terapi diri dengan yoga. Ataupun mahu bersosial bersama rakan-rakan dan
sebagainya.

3. Ibu perlu memakan (consume) ubat
hospital. Ada keadaan yang kemungkinan berlaku di mana ibu perlu makan
(consume) ubat hospital yang dikuatiri akan memberi kesan sampingan kepada susu
ibu untuk diminum oleh bayi. Jadi, stok EBM adalah penyelamat ketika itu.

4. Elak situasi mengempeng. Jika ibu dapati anak
selalu mengempeng, ibu boleh menawarkan (offer) bayi anda dengan susu
EBM dalam botol  (bagi bayi yang sudah pandai dan tidak alami nipple
confusion
). Jadi ini dapat elakkan anak kerap mengempeng lama dengan ibu.
Masa penyusuan dan pengurusan masa ibu juga akan lebih terancang.
5. Pengeluaran susu ibu terganggu. Sesetengah ibu
berkemungkinan akan mengalami gangguan pengeluaran susu ketika datang haid.
Jadi stok susu EBM dapat membantu memenuhi demand anak ketika
itu.
——————————————————————————————————-

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan