Amalan memakan buah, sayur, boleh meningkatkan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan risiko obesiti di kalangan anak-anak kita. Ramai kan budak-budak sekarang gemuk? Sebab apa? Sebab makan tak sihat lagi mudah dimakan berbanding buah dan sayur.
Jadi, permudahkan anak-anak kita untuk makan buah. Kupas, potong kecik dan hidangkan cantik-cantik. Depa tinggal ambil dan makan saja. Kalau apple, masa potong, saya sambil kan rendam dalam air garam, supaya warna apple kekal cantik, tak hitam. Jadi boleh potong terus banyak-banyak, stok sampai petang.
Laburkan sedikit usaha untuk menggalakkan anak-anak kita makan makanan sihat. Jangan asyik salahkan fast-food, tuding juga jari ke muka sendiri.
________________________________________________________________________________________________________













